Selasa, 19 Julai 2011

Sistem pemanduan

Pada sesebuah kenderaan sistem pemanduan amat penting dimana kita boleh mengawal arah kenderaan. Sistem ini terdiri dari beberapa bahagian.

Pertama bahagian steering itu sendiri
Kedua bahagian tayar kenderaan
ketiga bahagian penjajaran itu sendiri.


Bahagian steering

Steering terdiri dari beberapa kompenen iaitu roda steering yang kita selalu pegang dan kawal semasa pemanduan. batang steering dimana ia menghubungkan roda steering ke steering box, steering box berfungsi sebagai penukar arah dari daya kilasan ke daya tolak tarik. Pada kenderaan seperti kereta pada masa kini telah menggunakan steering jenis 'rack and pinion'. Ia adalah satu sistem yang mudah dan kos pembangunanya yang murah. dan seterusnya sistem steering ini akan menghubungkan keroda kenderaan anda.

Kenderaan lama apabila kita hendak membelok, terutamanya samasa mengambil parking, banyak tenaga diperlukan untuk mengilas roda steering. Jadi agak sukar bagi para wanita. Oleh itu satu sistem bantuan dipasang yang selalu disebut 'Power Steering'. Ia hanya satu sistem bantuan sahaja untuk memudahkan pemandu mengilas roda steering tadi. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan diantara steering biasa dan dengan steering bantuan kuasa dimana daya pusingan roda steering adalah berbeza.

Secara asasnya pusinga manual steeting adalah 3 1/2  pusingan  dan yang menggunakan bantuan kuasa 2 1/2 pusingan. Perubahan teknologi sekali lagi telah di majukan dimana kenderaan terkini telah menggunakan steering bantuan kuasa dengan tenaga elektrik berbanding teknologi sebelumnya menggunakan tenaga hidraulik yang dijana oleh pam dari engin.

Disini beberapa perkara harus diambil perhatian terutamanya bab keselamatan pemanduan. Kebanyakan kita suka menukar roda steering dengan sporty steering wheel. Roda steering ini bersaiz kecil sebenarnya menambah tenaga pemandu semasa mengilas. Bagi yang menggunakan sistem bantuan kuasa mungkin tidak berapa ketara perbezaanya dan perkara sebaliknaya akan berlaku jika menggunakan steering manual.

Satu perkara lagi harus diambil perhatian adalah semasa kita menggunakan kenderaan orang lain. Seperti dinyatakan diatas bilangan pusingan steering diantara manual dan bantuan kuasa. Jika kebiasaanya menggunakan steering manual  kita telah biasa menggunakan tenaga yang tinggi dan bilangan pusingan yang banyak. Jika kebiasaan ini digunakan pada kenderaan steering bantuan kuasa ianya boleh membahayakan pemanduan kerana pemandu tidak sedar akan perkara ini, tambahan pula jika kenderaan dipandu secara laju, ini boleh mengakibatkan 'oversteer' bermaksud terlebih membelok kerana kebiasaan kita , tambahan pula roda steering amat ringan. Maka kemalangan boleh berlaku .....  jadi berhati-hatilah semasa memandu.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan